Parody or not but massage must be put accross!
Pix of Tanjung Lobang Miri, Sarawak by Pan ramio,Zammelel
Oleh Haji Julaihi Haji Suut
Pakcik ada satu cerita. Molek kalau pakcik gunakan Bahasa Malaysia Baku dalam penulisan ini demi menjaga maruah dan ego negara. Sekurang-kurangnya mereka boleh berbangga tak hilang bahasa ibunda di dunia.
Kolej Tanjung Lobang
Dulu semasa pakcik bersekolah di Kolej Tanjung Lobang, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (bermula tahun 1984), ada sedikit kepincangan berlangsung dalam proses belajar dan mengajar dalam kelas. Suasana dalam kelas asing sungguh. Pakcik dapat perhatikan cikgu-cikgu semacam terbeban sangat mengajar. Kerapkali kata-kata mereka tersekat, dan dia tercari-cari apa lagi hendak dikatakan. Kasihan pakcik melihat gelagat mereka. Seorang cikgu, mengajar matapelajaran Sains, sampai tercungap-cungap cuba membuat sebutan Bahasa Malaysia sebaik mungkin. Kita rakan-rakan sekelas menunggu dengan sabar sehingga ayat itu lengkap. Mana-mana tempat kita boleh bantu kita segera menyampuk. Bukan dia seorang sahaja cikgu yang bergelut dalam belukar bahasa. Perkara sama berlaku dalam kelas matapelajaran Matematik. Pendek-kata anak murid pula yang mengajar tok guru.
Ada juga ketikanya situasi itu memang tidak boleh diselamatkan:
“Segi tiga sudut menentang segi lurus darjah tak sama.”
“Bilah inertia habis dalam angin jatuhkan jasad kepada bawah.”
“Graviti membawakan jatuh epal dari bumi.”
Maka kita pelajar sekalian pun tercengang-cengang.
Sebutan, susunan ayat, dan lebih-lebih lagi nahu dalam pertuturan Bahasa Malaysia mereka perlukan banyak pembetulan. Dalam masa yang sama kelancaran mereka mengajar jadi tidak lancar.
Barangkali tidak keterlaluan kalau pakcik katakan pelajar-pelajar Kolej Tanjung Lobang zaman pakcik lebih bergantung kepada buku-buku teks untuk menimba ilmu. Tidak semua kita perolehi dalam kelas. Tersekat oleh bahasa perantaraan ilmu jadi taruhan. Apa yang seorang guru boleh berikan sepenuhnya dalam 40 minit kuliah pelajar cuma perolehi 10 minit ilmu.
Salah guru mengajar salah murid bertukang. Tetapi dalam kes Kolej Tanjung Lobang 1984-1988 bukan guru atau murid yang salah tukang. Mungkin acuan untuk melebur ilmu itu yang tidak cukup sukat.
Bilah inertia habis dalam angin jatuhkan jasad kepada bawah. Inertia Bahasa Malaysia Baku sudah habis. Kita sambung jisim-jisim hujah berikutnya dalam Bahasa Malaya.
Tapi kan satu kita kena ingat. Kolej Tanjung Lobang zaman pakcik bukan sekolah buat ala kadar. Dia setaraf kolej tau. Sekolah berasrama penuh yang menghimpun pelajar-pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah seluruh Sarawak. Lebih kurang 50 pelajar untuk tahun pertama program elit itu dilancarkan. Pakcik antara perintis muda. Kita semua ’seleced students’ kalau nak tahu. Kalau nak tahu lagi kita semua budak-budak otak geliga yang menyandang harapan negara mudah-mudahan suatu hari nanti boleh jadi jurutera, doktor, saintis atau, lagi baik, angkasawan.
Kena ingat juga cikgu-cikgu yang diamanahkan mengajar dalam kelas-kelas budak genius masa tu bukan calang-calang orang. Mereka semua guru-guru terlatih yang mempunyai rekod mengajar yang cemerlang, kelulusan universiti luar negara, dan boleh mengajar hingga ke tingkatan enam pun. Pendek-kata mereka cikgu-cikgu genius.
Dipendekkan cerita, kita budak-budak genius tidaklah genius mana. Ada lah beberapa rakan yang jadi jurutera dan doktor selepas zaman persekolahan. Mereka semua tak handsome. Yang handsome-handsome seperti pakcik setakat dapat SPM Grade 2 dan sehingga sekarang masih belum boleh buat roket sendiri. Ramai-ramai jadi surirumah atau kontraktor. Seorang dua jadi kerani bank atau opis boy.
Jadi dimana silapnya program budak-budak genius kelas 1984? Kenapa pakcik tak boleh jadi angkasawan?
Hendak kata guru tak pandai mengajar, keterlaluan sangat lah pulak. Hendak kata anak murid terlalu pandai untuk diajar, lagi lah tak kena. Jadi apa yang kena?
Bahasa perantaraan itu yang sangat mengena kot. Bila tindakbalas kimia yang diajar dalam kelas tak sama ejaan dengan chemical reaction dalam buku panduan dan buku perpustakaan kita pelajar mestilah jadi dungu sekejap. Tu nak rujuk kamus dwi-bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka tak kah buang masa dan tenaga. Bila dah kerap sangat rujuk, merujuk dan terujuk minat pun boleh jadi merajuk tau.
Tu nasib baik kita rujuk dalam kamus moden. Kalau kena kamus yang memuatkan perkataan-perkataan seperti chermin, perchaya dan bahawasanya?
Sebelum kita beralih ke isu negara seterusnya baik hendaknya pakcik rakamkan penghargaan buat cikgu-cikgu genius Kolej Tanjung Lobang. Mdm Yeoh Bang Keng, Mary Chiam, dan May Ho Leng. Saudari sekalian sudah mencuba sebaik mungkin. Kita sedar itu. Terima kasih banyak-banyak. Anuar, Shukri, Hasimah dan yang lain-lain lagi. Terima kasih banyak-banyak juga. Kita semua dah mencuba.
“Graviti membawakan jatuh epal dari bumi.”


6 Comments
1 Puteri wrote:
So your year was the first batch of Form 1 for Kolej?
So in essence, you’re saying that the policy of switching from English to BM as the medium of instruction is mostly at fault for your not being as astronaut?
Are you also tying the current switch back to BM in the teaching of maths and science will result in similar scenarios such as the one you experienced?
2 emcube wrote:
its a direct translation from english to malay was the cause of the problem. It should have been thought/constructed in malay in the mind to explain the nature rather than translating it direct from english.
eg: - “Bilah inertia habis dalam angin jatuhkan jasad kepada bawah.”
why not explain this way? “apabila di udara tiada inertia, jasad akan jatuh”.
- “Graviti membawakan jatuh epal dari bumi.”
why not explain this way? “graviti menarik epal ke bumi”.
as for this “Segi tiga sudut menentang segi lurus darjah tak sama.” i need to see the diagram. Maybe the description given is flawed.
Below is something to ponder…..
Samy Velu in his usual malay indian tone (not meant to degrade indians in malaysia) reported as saying: “Setelah angkasawan kita 10 hari meninggal dunia, kini dia selamat dikebumi”.
So, whose fault is it, the language or us…??
3 emcube wrote:
pak cik,…. pak cik memang boleh jadi angkaswan. Asalkan pakcik faham hukum alam semulajadi (sebenarnya ia adalah sunnatullaah… hukum Allaah keatas setiap sesuatu). Ilmu sains dan mathematiks juga asalnya bukan dari bahasa inggeris, tapi banyak dari bahasa arab, sanskrit, greek, dll bahasa lama di dunia ini.
pak cik juga memang boleh jadi angkasawan jika pak cik boleh membuat perkiraan dengan tepat tentang peredaran cakerawala terutama nya planet2 di sekeliling bumi ini. Dengan adanya komputer yang lebih pantas hari ini, perkiraan2 yang sukar dan kompleks juga bopleh dibuat dengan cepat dan tepat.
Jangan lah pak cik risau dengan istilah2 IT yang sengaja dikelirukan oleh mereka yang tak suka bahasa melayu. Bahasa,.. semua bahasa di dunia ini sebenarnya dari sehari kesehari bertambah2 perbendaharaan nya jika selalu digunakan.
terima kasih pak cik.
4 tcl wrote:
x payah cakap kat kolej, pensyarah kat university malaya masa saya belajar dulu (tahun 1998) pun dua kali lima saje. nak ajar dalam BM, tapi tunggang terbalik, lagi tidak paham dibuatnya.
5 Hamid wrote:
I have something to say about our studying system, we use Roman letters in Bahasa Malaysia and also in English, so student tent to get confuse to defer the spelling, For example(English - Inglish) Both has same sound but deferent in language. In my case, I still get confuse very often in spelling after so many years of learning both Bahasa Malaysia and English. For me Bahasa Malaysia is not a problem but often confuse with English because of the Roman letters that we use for both. Its OK as long working as a government servant but life get tough with private company. Malaysians private company seldom use English as they’re communications what more with foreign companies?
There will be no problem to countries like Japan, Taiwan and other developed country, because they never use Roman for they’re language. This will make them master in English language very easily without any confuse. So only solution to our studying system is to concentrate in one language system instead of two. I am not saying we should not studying more then one language but we must concentrate on language that have value most. For example Singapore, In Singapore English is they’re first language but its a compulsory for every race to study they’re own mother languages. From this every identity and language of all race have been preserved.
6 sagai&gabut wrote:
salam kemesraan,
manusia ini cuma pandai berbicara,berkata-kata,berdiskusi dan pandai bermesyuarat,kemudian kita pandai merancang dan mengkaji,tapi kita terlalu payah untuk MELAKSANA dan MELAKSINI.
‘kita masih mengkaji’,perbezaan kenapa mahluk yang bernama manusia yang diciptakan Tuhan,dijadikan khslifah dimuka bumi masih tidak mahu bersatu hati dan berpadu tenaga menghadapi musuh bumi.
‘kita masih mengkaji’,mengapa kita disajikan dengan sistem kehidupan yang bercampur-campur,sosalis,komunis,sekularis,yahudis dan islamisasi.
‘kita masih mengkaji’,mengapa bangsa kedayan tiada sehebat Sheikh Muzaffar,Nelson Mandela atau Mahtama Ghandi?